Jawatan Kosong UPSI – 22 Jan 2017




Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu-satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan kosong kerajaan UPSI Januari 2017 seperti tersenarai dibawah.

  1. Pegawai Penerbitan N41
  2. Penolong Pustakawan S29
  3. Penolong Pegawai Tadbir N29
  4. Pembantu Akauntan W19

Mengenai UPSI

jawatan kosong UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAH) yang bitara dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Cara Memohon Jawatan Kosong UPSI

Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu memohon secara online melalui Online Job Application.



Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2017

Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 – 450 6344, 05 – 450 6350
Fax : 05 – 459 5488

Maklumat lanjut Jawatan Kosong UPSI Januari 2017 boleh didapati disini.