Jawatan kosong kerajaan terkini sentiasa dinantikan oleh pencari kerja kosong di Malaysia khususnya graduan yang baru menamatkan pengajian.



Graduan sebenarnya boleh terus mengambil peluang mencari kerja kosong di institusi pengajian tinggi di mana mereka belajar. UiTM contohnya seringkali mencari pekerja-pekerja untuk mengisi jawatan kosong UiTM yang ada.

jawatan kosong Kerajaan

Disamping itu, keadaan ekonomi yang agak perlahan kebelakangan ini yang telah menyebabkan begitu banyak syarikat-syarikat swasta terpaksa ditutup. Kesannya, puluhan ribu pekerja telah hilang pekerjaan dan memaksa mereka mencari kerja kosong untuk meneruskan hidup.

Jawatan Kosong Kerajaan

Jawatan kosong kerajaan adalah yang paling dicari oleh pencari kerja. Mengapa? Bekerja di sektor awam mempunyai kelebihan-kelebihan yang tidak boleh didapati dengan bekerja di sektor swasta. Namun begitu, untuk bekerja di dalam sektor awam bukanlah perkara yang mudah kerana persaingan amat sengit serta kekosongan kerja kosong yang ada juga adalah terhad.

Agensi-agensi kerajaan yang sering mengeluarkan iklan jawatan kosong kerajaan adalah seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam (Jawatan Kosong Kastam), TNB, MARA, RISDA, POS Malaysia, JPJ dan banyak lagi. PDRM misalnya membuka peluang kepada pencari kerja untuk membuat permohonan untuk memenuhi kekosongan bagi Polis Bantuan melalui temuduga terbuka yang dijalankan hampir setiap tahun.

Antara jawatan yang sering diidamkan oleh kaum wanita yang ingin memasuki sektor awam adalah jawatan kosong kerani. Kerja kosong kerani tidak memerlukan seseorang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kadar kekosongan pula biasanya banyak. Oleh sebab itu, jawatan ini sering menjadi perhatian. Jika anda mencari kekosongan untuk kerani atau guru tadika, KEMAS adalah tempat terbaik untuk anda.

Cara Memohon Kerja Kosong Kerajaan

Untuk memohon jawatan-jawatan di dalam kerajaan terdapat dua (2) cara iaitu melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan melalui agensi atau badan-badan kerajaan yang mengiklankan jawatan kosong terkini secara terus tanpa melalui portal jawatan kosong SPA.

Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Untuk memohon melalui SPA, anda perlu melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam ( Borang SPA8i ) online melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Anda boleh mendaftar melalui pautan ini atau ini. Untuk membuat akaun baru, klik ‘Daftar Akaun Baru‘, lengkapkan maklumat permohonan, maklumat akademik, maklumat kelayakan dan klik ‘Simpan‘. Sila baca cara mendaftar dan memohon secara lanjut melalui pautan ini.

Tanpa Melalui SPA

Ramai pencari kerja tidak sedar bahawa memohon jawatan di sektor awam tidak hanya melalui SPA. Terdapat banyak agensi-agensi kerajaan yang mengiklankan kerja kosong dan jawatan kosong terkini tanpa melalui SPA. Ini adalah cara yang lebih mudah dan kurang persaingan.

Dengan memohon melalui SPA, anda akan bersaing dengan jutaan pemohon lain. Selain itu, anda perlu melalui pelbagai peringkat saringan seperti peperiksaan online dan sebagainya. Sebaliknya, cara ini tidak memerlukan anda melalui peperiksaan tersebut.

Persaingan melalui SPA sangat hebat. Setiap tahun SPA menerima lebih sejuta pemohon dan kadar mereka yang gagal memasuki alam pekerjaan melalui SPA adalah 95%. Ini bermakna dari sejuta pemohon, 950,000 calon gagal mendapatkan pekerjaan melalui SPA.

Untuk mendapatkan jawatan kosong kerajaan melalui cara ini, anda harus tahu agensi-agensi yang mengambil pekerja secara terus tanpa melalui SPA. Klik sini untuk muat turun senarai 241 agensi kerajaan dan badan berkanun yang anda boleh gunakan untuk memasuki sektor awam tanpa melalui SPA.

Persediaan Mencari Kerja Kosong

Proses mencari kerja kosong bukanlah sesuatu yang mudah. Mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan dan kelulusan anda hanyalah satu langkah daripada beberapa perkara yang anda perlu lakukan.

Perkara pertama yang anda harus titik-beratkan adalah penyediaan resume. Masalah besar yang dihadapi oleh pencari kerja adalah mereka tidak tahu bahkan tidak sedar bahawa salah satu sebab mereka gagal mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan resume yang tidak berkesan. Download contoh resume ini sebagai rujukan untuk menyediakan resume yang berkesan.

Jangan sesekali ‘copy & paste’ resume yang anda jumpa di internet sebaliknya tulis resume anda mengikut keperluan jawatan yang anda pohon. Lihat panduan di sini.

Penyediaan Resume Permohonan Kerja Kosong

Penyediaan dan penulisan resume yang baik akan meningkatkan peluang anda untuk dipanggil untuk langkah seterusnya iaitu temuduga.

Pada langkah ini, anda sebenarnya sudah 50% atau sebelah kaki sudah mendapatkan pekerjaan. Jika anda berjaya menawan hati penemuduga dan memenuhi kriteria yang diinginkan oleh penemuduga, maka anda akan diterima bekerja. Sebaliknya jika anda gagal memberikan impression yang baik, kemungkinan besar anda tidak akan dipilih untuk jawatan yang anda mohon.

Soalan yang ditanyakan oleh penemuduga sebenarnya adalah sama sahaja. Cara paling mudah untuk menawan penemuduga adalah dengan mengkaji apakah jawapan paling tepat yang harus diberikan untuk setiap soalan yang diajukan kepada anda.

Klik pautan yang diberikan untuk mengetahui cara menawan panel penemuduga. Untuk temuduga bagi sektor swasta, klik pautan ini. Untuk temuduga sektor awam atau kerajaan, klik pautan ini atau ini.

Jawatan Kosong Kerajaan VS Jawatan Kosong Swasta

Berikut adalah antara sebab-sebab utama mengapa ramai yang memilih untuk bekerja di sektor awam.

  1. Elaun Rumah
    Penjawat awam diberikan elaun perumahan yang jarang ditawarkan oleh syarikat di sektor swasta. Dengan kos kehidupan yang tinggi khususnya di bandar-bandar besar, elaun rumah adalah insentif yang sukar ditolak. Jumlah elaun yang diberikan adalah mengikut gred jawatan, semakin tinggi gred jawatan maka semakin tinggi elaun. Bagi penjawat awam yang ditawarkan tempat tinggal, elaun perumahan tidak diberikan.
  2. Elaun Sara Hidup
    Elaun sara hidup atau elaun COLA (Cost Of Living Allowance) diberikan mengikut lokasi tempat kerja. Tujuan elaun sara hidup diberikan adalah untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi. Elaun COLA bagi kawasan bandar biasanya lebih tinggi berbanding penjawat awam yang bekerja di luar bandar.
  3. Bonus Tetap Khidmat Awam
    Bekerja dengan kerajaan bermaksud berbakti kepada masyarakat. Sebagai penghargaan dari kerajaan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam diberikan kepada penjawat awam.
  4. Kenaikan Gaji Berkala
    Berbanding kerja swasta yang tiada jaminan kenaikan gaji, di sektor awam ianya sudah ditetapkan. Kenaikan gaji akan diberikan setiap tahun dan setiap kali gred anda berubah.
  5. Kemudahan Pinjaman
    Satu kelebihan penjawat awam ialah mereka boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah dan pada kadar interest yang rendah. Tidak seperti pinjaman melalui bank, pinjaman kerajaan ini lebih menguntungkan peminjam. Pinjaman untuk membeli rumah, kenderaan atau komputer dipermudahkan.
  6. Kemudahan Simpanan Hari Tua
    Penjawat awam diberikan pilihan sama ada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan selepas bersara. Skim ini adalah antara sebab mengapa kerja di sektor awam menjadi pilihan ramai.
  7. Peluang Naik Pangkat
    Bagi penjawat awam, peluang untuk kenaikan pangkat sangat luas dan muda. Sesiapa saja mampu untuk naik pangkat walaupun bermula sebagai pembantu am.
  8. Peluang Untuk Meyambung Pendidikan
    Peluang untuk meningkatkan kerjaya sering diberikan dalam sektor awam. Selain skim menyambung pelajaran, tajaan juga diberikan kepada yang layak. Ini adalah salah satu cara untuk kenaikan pangkat dan gred gaji.
  9. Peluang Meningkatkan Kemahiran Diri
    Kursus dan bengkel sering diadakan dari masa ke semasa untuk penjawat awam. Ia disediakan bagi meningkatkan kemahiran, yang menariknya tiada kos dikenakan.

Mencari jawatan kosong di sektor swasta adalah lebih mudah berbanding jawatan kosong kerajaan. Banyak laman web yang menawarkan dan menyediakan kemaskini setiap hari seperti Jobs Malaysia, Jobstreet, Jora, Monster.my dan lain-lain.

Cara terbaik untuk memastikan anda tidak terlepas jawatan kosong dan kerja kosong yang bersesuaian dengan kelayakan anda adalah dengan melanggan updates terus ke email anda.

Alternatif

Bagi anda yang sedang berusaha mencari kerja, tidak kira sektor awam atau swasta, kami menasihatkan anda supaya tidak hanya menunggu tawaran bekerja datang tanpa melakukan apa-apa. Sebaik-baiknya, anda boleh juga melakukan kerja sambilan di rumah.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk kerja part time. Anda boleh mencari kerja sementara di pasaraya, kedai 24 jam, buruh dan sebagainya. Jangan memandang rendah kerja-kerja sebegini kerana ia dapat membantu anda menyara diri disamping memberikan kekuatan mental kepada diri anda.



Jika anda merasakan susah untuk melakukan kerja-kerja kasar, anda boleh mencari kerja part time di rumah yang boleh dilakukan secara online atau di atas talian.